Sunday, 9 June 2013

THe DaY .. ^....^

Huahahaha.... ari neh adalah hari Bear masuk UniKL !!! hohohohooo... xcited xterkiralar... kelmarin Bear memang xleh nak tidur so tetiba pagi tadi Bear bangon lewat (perempuan klo "cuti2" neh.... biasalar kan hoho..) 

Emmm... suma orang mmg tidur lewat kelmarin...
Kisah Kelmarin :

Hahaha... petang tu saja nak pergi mall ikut Acu Bear beli barang. Kami dh bli barang puas2 ber trolley2 and tetiba lapar.. so kami pergi singgah Roaster! hoho.. Bear pesan 'tangy chicken spagetti' and.. bukan nk kutuk ka apa juz memang xsedappp >3< !!! pastoh ttb order hotdog plak... n tetiba lepas order lain tu mmg dah rasa kenyang! tpi Acu Bear dh kata 'makan jugak sebb dah order..!' Bear cam.. tidakk!!! my stomach like wanna explode alreadyy!!!  and Bear pon terpaksa makan wlopon dh kenyang.. 

Balik tu beli kek sebiji dekat secret recipe lak... ferraro rocher y besaq lagi... yogurt lagi!!! >...< strawberry , appricot! wth?!! sgt2 nk xplode dh perut neh...!!! tpi makan jugak! =...= ahhh~  malam tu mmg xbleh tido so pukul 2 lebih paksa jugak tidor.. ahh~~ 

Dah pagiii!!!  and tidakk dah pukul 6.30 pagi !!! alamak xmandi lagi !!! so ciap2 cepat.. well orang ramai toilet satu! berebutlar kami !!! alahaii~

Dah dekat pukul 8.30 pagi, sampai di UniKL. masok terus sebab dh register online.. and semua ok juz ttb key room toh, kak tu cakap bilik Bear x boleh detect kat komputer =..= k Bear tunggu .. dah dekat sejam lebih Bear tunggu... orang lain y masok lepas Bear pon dh keluar.. ahhh~ and masalah tu kak tu tukar bagi bilik lain.. 

Time nak pergi hostel tu dan lagi sesat!! hoho kt KL biasalar, xbiasa lagi~ and sampai ja dekat hostel.. hujan!!! tidakkkk!!!  dah naik ke bilik and xkisah pon kawan sebilik baik ke ramah ke jahat ke senyap ke.. ttb main sergah and cakap sesuka hati ja.. nk letak sini, barang nk susun blablabla~ n tgk2 roommate memang ngam gila!!! terbaik! semua sporting and fun! hoho~ Alhamdullillah... hihi .. kawan y bukan room mate pon datang sergah bilik and kami pon pergi sergah bilik orang lain! hoho.. biasalar ahaha...  !st day dh ramai kawan! hihi... 

And seluar Bear sekarang ni terkoyak... nk kena jahit pulak... emmm~~~  >...<  bye2.. terima kasih kerana membaca... SERONOKNYA MASUK U!!! huhu ^w^  


 

Thursday, 30 May 2013

BeaR aND UniVersiTY ~! ^^

>XciTeD<
Emm.. lamanya Bear xupdate blog neh... hihi..

Skang neh sibuk sikit dengan hal2 nak masuk Universiti neh.. nak bli baranglar, isi boranglar, cop sana cop sini, medical check up lar.. test tu test ni... wohh! busy! ahaha.. but!

Bear tetap calm, ciap sempat tengok latest anime lagi, hihi.. bulan jun dah nak tiba, Bear pon nk kena masuk U bulan jun neh.. tapi barang xpack lagiii!!! >3< ~~~

Bilik Bear memang loaded dengan barang nak masok U lah..! ^^ Bear sibuk menanda setiap barang2 y akan Bear bawa ke U nanti.. mana nk tahu 'kot2' lar.. kot2 ok! lol .. nanti kalau kena curi or hilang or terlupa letakk mana, kan senang nk cari bila ad tanda nama kita.. kan? emm..

Bear dah muktamad nak masok UniKL ni.. ahhh! xsabarny nak pergi sambung blajarr! kawan Bear sorang dah masok U! Multimedia University (MMU)! Bertuahlar dapat masok situ.. tambah dia dapat tajaan MARA.. macam Bear neh, tajaan pon xdpt, duit lagilar tiada~~~ ahahaa... orang yang berada saja y bleh masuk situ tanpa tajaan or biasiswa...! 

Sejak dia masok MMU tu, mmg Bear neh Twitter dialar (sms sebenarny~ huhu ^3^).. slalu update status dia dekat MMU tuh.. emm.. ciap jumpk crush lgi.. hoho! tiap2 ari cerita pasal crush dia.. sampai ttba dri crush ke xcrush teros! haii~ mamat tuh, emm berada jugak, hensem tapi behaviour dia kureng skit..! ahahaa.. biasalah kan.. orang muda.. darah muda.. pengalaman hidup pon xbyk lagi.. nak tunjuk 'rebel' lar toh (Bear pon tgh 'rebel' jugak! huhu.. leh bangga lak! lol)...

Orang cakap benci akan bertukar ke sayang! huhu.. emm .. mana nak tahu kan.. tu mungkin permulaan untuk 'Putik Cinta' kawan Bear tuh! ahahaaa... ! Selamat Berjaya Kawan! hihi.. 

Bear akan 'menapak'<---- (betol ka x neh?? lol) di UniKL dengan kawan Bear yang lagi sorang! emmm! >,..,< xsabar! xsabar! xsabar!!! hihi... walaupon dalam hati ada jugak childish behaviour y nak pegi main2 dekat U, jalan2 kat tempat baru and 'shopping!'<-- (childish ke neh?? lol lagi!) ahahhaaa!

Apa2 pon... doakan Bear dan Kawan2 Bear xkiralar y rapat or xrapat or kenal or xberapa kenal or lama or baru or bakal jumpa nanti dimana2 or (jodoh kew?? huhu 'ss' btol Bear neh! hihi =P)... harap kami semua dapat belajar dengan baik, senang paham apa y dipelajari, dipermudahkan jalan, kesihatan pon sentiasa sihat insya-Allah .. n paling penting! dapat pengalaman dan memori y paling terindah di U nanti! hihi...amin.. Insya-Allah! Jom Blajar Bersungguh-sungguh! HWAITING !!! hihi ^^




Hiyaarrhhh~~!!! Let's Fighting!!!

Saturday, 13 April 2013

TaHi LaLaT ...

Ahaha ... 'orang' cakap tahi lalat pon ad maksud dia tersendiri.. ni dia makna tahi lalat di anggota badan ... 

Di kaki : 

  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.


Bear lar neh! tapi Bear xcari hiburan k... Bear cari ketenangan, pengalaman dan memori hidup! ehehe.. ngan kawan2, sendiri or family! ^^

Di betis :

  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
Ni pon Bear jugak! hoho.. Alhamdullilah lagi jauh jalan lgi nyk rezeki, tapi xtau lagi kan... xsemua dpt dgn senang, mesti diuji dlu.. ^^

Di kepala :
  • Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

Di tangan kiri :
  • Dipermudah rezekinya.

Di tangan kanan :
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.

And banyak lagi.. suma neh search kat intenet jugak, nak tau selanjutnya bukak lar dekat  link kat bawah...


^^v ~selamat membaca~

Wednesday, 10 April 2013

CoNFLiCT with PaReNT !!

Ahhh... payah jadi anak bongsu perempuan neh..

Nak pergi mana2 pon xboleh.. Bear nak pegi KL, ke Pameran Arkitek di KLCC !

Memang impian Bear nk pegi sana! Parent Bear berkeras xbagi!

Tapi Bear berkeras nak pergi jugakkk!!! >v<

ahhh~ Bear xkan putus asa! Hwaiting !!!

Sunday, 31 March 2013

THe FuGitiVe DaY .. = =

                                                     27 MAC 2013

   Emm... aritoh Bear ngan kawan Bear,Eyena nak pergi rumah kawan Bear jugak,Huda. Ingat nak cari pasal nak isi permohonan upu dengan biasiswa. Kami pun lepak rumah dia dari pagi sampai tengah hari...

   Jam sudah pukul 2 petang! Tetiba adik lelaki Huda datang kat kami (ruang tamu..) kami pun cam sibuk ngan laptop masing2... dia pon cam bosan, adalar reaksi muka dia y cam nak kacau kami... tetiba dia bercakap (Bear xingat dia cakap apa tapi memang cam nk usik kamilar..) so Bear saja nak usik dia balik, Bear cakap "Kami satgi nak p makan kfc~" dia tros wat muka..

   Tapi serious Bear time toh rasa nak makan Domino Pizza! So Bear tetiba cakap "Rasa nak makan Domino Pizza pulak!" Eyena pon respon "Okeh! Boleh ja!"... Bear cam, "Betol ka neh??" emm.. Bear sporting bab2 neh! n Bear pikir3~ Kami neh luar bandar so nak apa2 cam Domino Pizza neh kenalar ke bandar, Domino Pizza toh plak dekat KULIM,KEDAH. 45 minit dari umah Bear.

   Tetiba Eyena "Jomlahh! Alah kita pegi beli and then baliklar? amacam?" ... Bear pon "okeh ja!" sebenarnya Bear neh anak bongsu and Eyena plak only daugther lam family dia...so, kami neh cam anak kesayangan.. nak pegi jauh skit, klau minx izin parent memang sah xdapat an! tumbuhlar tanduk jahat kami! pegi tanpa izin~ Huda plak memang sporting 'gila' parent dia! (jeles >3<) kami pon suma sepakat membawa berkat nak pegi Domino Pizza beli piza bungkus, and balik! So, inilah permulaannya KAMI berTIGA menjadi FUGITIVEs! (berDUA sebenarny..) hahaha !!!

   Tengok jam dah 2.30 petang, kami pergi makan nasi kat umah Huda, sembahyang suma,siap2 and jam dah hampir pukul 3 petang (pukul 2.50 sebenarnya~) kami bertolak time toh, takut balik lewat, kami pegi,bungkus and balik! xnak sampai malam! Bear takut jalan malam2.. ( and Bear driver~ hihi.. kereta Viva.. Bear dah ad lesen k!)...

     Mula2 toh konflik jalan skit,Bear nak shortcut jalan, Huda nak straight! konflik nama kedailar~ Huda cakap nama lain,Bear cakap nama lain! tengok2 tempat y sama! ahaha.. sebelum toh ciap komplot nak buat ayat konon nak keep secret dari Mak Abah! so macam2 ayat jahat kami keluar~ tapi kami behenti pastoh sebab Bear takut dapat balasan serta merta! (Bear memang dari kecik kalau buat jahat memang serta merta dapat balasannya!!! ekk!! >w<) Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai kat mall toh, ikut instruction jalan Huda bagi...

    First time Bear drive masuk mall toh! mana Bear nak tahu jalan ke mana nak ke mana so, Bear nampak tanda "MASUK".. Bear pon masuklar tempat parking keta... pusing punya pusing, tetiba Bear silap jalan! kecut perut jugak nampak keta datang dari depan! cam nak langgar Bear ja! Bear pon elak masuk lorong sebelah and tepat2 ada parking kosong tepi tiang! Bear pon happy and masuk!

    Kami dah seronok2 keluar pergi Domino Pizza, order bungkus.. and time wait toh Huda kata "Aku lapar burger ah~" Bear pon cakap "Kita pergi McDonald lar, dekat ja.." tapi kena naik kereta jugak... so pas piza ciap, kami pon jalan ke kereta... niat nak pegi McDonaldlar neh~ Bear tgk akak kt dalam kereta sebelah, serius ja~ tspi Bear wat xkisah ja.. nak  pegi McDlar katakan!!

    Pas masuk kereta, Bear nak undur, Eyena and Huda dok tengok kereta merah apa ntah.. Bear sebuk nak reverse keta tetiba.. BAMM!! kuat gila bunyi!! Akak sebelah ttengok Bear ngan muka terkejut! Tapi Bear pon terkejut jugak!! tgk2 tepi, side mirror terkepak! Bear cepat2 suroh Eyena betulkan! Kereta berlaga dengan tiang mall..!! 

    Lepas toh Bear try nak buat keluar kereta dari parking tapi xboleh! tetiba datang 'abang' neh, kawan dia tunggu kat kereta dia (tapi rasa cam nak panggil pakcik ja.. sorry ^^) and Akak kereta sebelah dan2 lari tinggalkan kami.. = =  'abang' tu lar y tolong keluarkan kereta Viva toh.. tetiba abang toh cakap "calar sebaris neh!" ... Bear suspen! Bear dalam kereta, Huda and Eyena keluar kereta and tengok, muka diorang cuak gila! diorang masuk kereta balik and...

   Bear dah ketaq sangat2! time keluar pon ad konflik! ahaha.. silap pusing~ !! and sampailar kami kat McD... sebelum keluar kereta, Eyena cakap kat Bear "Ready betul2 sbelum hang tengok neh~" ... Bear pon keluar and ... OH MY GAGAK!!! akk!~ akk!~ ahhh! kemik skit kat bawah pintu! >v< lam otak Bear "Camna nak jawab ngan parent Bear neh!!? adooii~~" .. 

   Kami pon masuk McD and order, jam dah pukul 4.45 petang... Huda cakap balik pukul limalar tapi Bear pikir nak balik jugak.. so kami pon balik... lepas antar Huda and Eyena balik rumah, Bear pon sampai kat rumah...

   Sampai ja kat rumah, Mak Bear ada kat luar rumah, tapi dia xperasan coz time toh dia happy arnab Bear baru beranak tujuh ekor!! Bear pon layan happy dia, Bear masuk rumah, masuk bilik Bear.. ambil nafas, jalan menuju ke Mak Bear.. 

   Bear pon cerita Bear ke Kulim! and kereta kemik! memang mengamuk sakan dia! pastoh Bear pegi kat Abah Bear plak (dia tengah guna komputer...) Bear terus beritau y Bear ke Kulim ngan kawan2! Dia meletus cam VOLCANO!! pufff~~~ 

   Memang macam2 perkataan keluar, tapi Bear terasalar jugak, perkataan2 y harsh terus keluar dari mulut diorang cam peluru! pom!pom!pom! dush!dush!dush! ... adoi susah nak elak peluru  diorang toh! Bear pon macam merajuk...

   Esok toh Besday Bear.. tetiba ja Abah Bear beli kek, tapi Bear cam xhappy and xrasa nak makan kek pon... lagipon selama neh memang Abah Bear xbeli kek Besday after umur 12 tahun... sebelum toh pon Bear dah dengar dia buat plan nak keluar dengan kawan2 dia masa hari Besday Bear,.. Bear cam dissapointed lar jugak and...  so terjadinya konflik lain~ 

    Bear start kurung diri dalam bilik... 2 hari! and terus focus ke permohonan biasiswa! tapi sampai hari neh xsiap2 lagi~!! ahaha.. 

                         THE END       

Saturday, 30 March 2013

SCareD oR HaPpY oR RuDe ??

Ahhh...!!! Bear tengah baca komik dalam bilik sambil dengar lagu(pintu tutup of course!)... tetiba dengar orang panggil "assalamualaikum~" banyak kali jugak ..

Masa tu, Abah Bear tengah tengok tv! Bear pon ingat cita drama2 malay kt tv lar.. so Bear pon wat x kisah..

Tetiba Mak Bear y baru lepas sembahyang isyak menjerit! "sapa datang?" Mak Bear tanya Abah Bear. Abah Bear and Bear pon tercengang2! bila pulak ada orang datang!?

Mak Bear cerita dia dengar orang panggil salam byk kali tapi xdak org jawab kt pintu sampai last sekali orang 2 isgtifar "astagfirullahalazim" ~!

Tapi Abah Bear cakap dia xdengar apa2 pon! Bear pon cakap kata Bear ingat drama malay kat tv.. tapi Mak Bear tetap berkeras cakap ad org panggil dari luar rumah! Abah Bear pon berkeras ckp dia xdengar apa2.. and Bear xmsok campur because Bear dalam bilik and memang xtau apa..

Tetiba Mak Bear cakap "Malaikat lar tu...!" ... Bear mcm...


TerKEJUT kot! seram suma ad! nak happy, nak seram, nak kata kurang ajar pon ya (coz xtgk klo ad org pgei salam ka x kt luar umah! tapi Bear btol2 ingat drama malay kat tv! >_< ) suma perasaan bersatu!

Mak Bear still cakap lagi "Malaikat panggil salam lar tuh..." ahhhh!!! apa ptut Bear rasa sekarang neh!?!

Tapi sekarang neh ada satu ja perasaan lam hati Bear! rasa "BERSALAH!" >3<

Kalau betul orang, Bear minx maaf sangat2!!! sok datang lain yew (klo mustahak sgt lar)!
Kalau Malaikat.. Bear rasa bersyukur and bertuah! (Wahh~ betul kew?! emmm... cam xcaya jew.. = =)
Kalau sebenarnya drama tv ... memang! memang saja nak wat isu!! heh! = =

THaNk YoU MALAYSIA! ^^

Haha.. proud gila2 jadik malay neh..!! ^^

Pas dapat lesen keta neh, mula lar perasaan liar toh keluar... jap nak ke sana~ jap nak ke sini~
Pergi lepak ngan kawan2.. biasalar remaja kan.. tapi kami xbuat benda y xberfaedah pon... shopping sana shopping sini.. juz menghabiskan duit mak bapak! (hahaha.. berfaedah sangat lar tu! >3<) 

Beberapa hari lepas, Bear adalar buat perangai skit.. (nanti Bear update story toh~! ^^ hehe) cam troublemaker jugak Bear neh! biasalar nakal2 manja~ hoh! ahaha...

Tapi masa Bear hadapi masalah semasa memandu, biasalar.. kat malaysia neh mmg byk kereta, kt negara lain pon mestilar bykkan! asal parking ja, kadang ad kereta lain block dari blakang lar, termasuk ke tepi sangat ke tianglar.. cam2 perkara terjadi!

Tapi lagi! Bear nak berTERIMA KASIH sangat2 kepada abang2 Malay y Bear pon xkenal tapi memang baik hati bantu Bear and kawan2 time kami kesusahan.. memang sporting and terBAIK abang2 toh! walaupun kami xmintak bantuan (selfish gila! dah susah pon xnk minx tolong! ahahak! biasalar darah muda~)   Bear akan pikir abang2 toh ikhlas nak bantu kami tanpa minx balasan!

Tapi lagi lagi.. walaupun kalau abang2 tuh ada niat lain pon, alah manusia an.. malaslah Bear nak pikir negatif pasal orang lain! dalam hati Bear, diorang ikhlas! 

ORANG MALAYSIA SPORTING DAN BAIK HATI! TERIMA KASIH!!! 

Ikhlas dari Bear ^^ dan kawan2,


  

Friday, 29 March 2013

cHaOs !!


Warrgghhh~~!!! memang huru-hara ari neh! macam2 benda2 nak wat ari neh.. kena ke sana sini, lari sana sini, cari sana sini !! adoooiii~~!!! >0<

Selamatkah Bear mengharungi suma agenda hari neh?!! Insya-ALLAH~ amin.!! amin....!!! amin!!!



Kan best klo ari neh Bear bleh jdik cam neh.. rileks jew~ tp 2lar "orang" kata.. bila dah sibuk nak rileks, bila dah rileks nak sibuk plak! ahahaha... manusia~ biasalar.. Bear pon... 2x5 jew! lol.. kekk


HunGRy...!!


Kriook~! Kriook~!! Adoiii~ sakitny perot Bear!! rasa ber'acid' sangat2 neh!

Bukan apany.. lapar~~!!! >...<

Emm... lam otak Bear neh ad lar resepi... ingat nak masak
'spicy tomyam + mee sanggul!' rasa2 sedap tak? ke dah ada y dah try??

Sapa2 y xtau mee sanggul cam mana.. ni ha gambar! memang favourite Bear neh! sedap!! >3< ! ahaha...



spicy tom yam
mee sanggul











Nak gi masak jap lah! hihi ^^
Jangan terliur sudah!!!

NeW W0rLD~ ^^

Ohohohoho~~ at last! ada jugak Bear buat blog! Bear neh bukan minat sangat benda2 IT neh.. tapi ntah terasa nak wat plak.. ahaha...

Emmm... so nilar kot tempat luahan perasaan Bear kot..

Dekat2 nak masuk universiti neh, wat blog eh mungkin bleh bagi mak abah tau status terkini Bear.. still single or married? (lawak ja! ahaha~ not funny rig?)

Tapi niat sebenar wat blog eh... saja2 kot~ ahaha...! 

Skang neh, Bear cam menganggur kat umah.. so useless tau tak! 

Daily routine: eat, play laptop, eat, sleep, play laptop, sleep! ahaha... but pray of course kena laksanakan! jgn tinggal sembahyag yewww~~!! dosa! ^^ tapi y pompuan toh jangan terasa plak.. biasalar kita pompuan! special skit,, Allah SWT sayang lebih skit! heemmm.. ^^ 

ahhh~~ cm neh lar Bear skang~! jom layan daydreaming! kekk.. bukan pa.. pikir pasal my future ja~ n maybe future husband jugak kot? ahaha! kidding k? maybe.. not? kekk ^3^

Cute Onion Club - Onion HeadCute Onion Club - Onion HeadCute Onion Club - Onion HeadOnion Club - Onion Head - Onion-kun